EVENT | REVIEW | IKLAN

Tel: +6018-2043980
Email: abnormallight@gmail.com
Instagram: @ayunirafilah

Siapakah Adam Dalam Guardians Of The Galaxy Vol.2?


Kalau pergi menonton filem Guardians of the Galaxy Vol.2 nanti, jangan tinggalkan panggung lepas cerita tamat. Tunggu beberapa minit lagi sebab di penghujung filem sekuel kepada Guardians of the Galaxy tersebut ada 5 babak 'post credit' menarik yang harus ditontoni. Antaranya ialah perhimpunan semula ahli-ahli Guardians of the Galaxy asal dari plot komik Guardians of the Galaxy Earth-691, cameo lucu oleh Stan Lee dan Baby Groot yang membesar menjadi remaja. Namun di kalangan kesemua 'post credit' ini, ada satu babak agak serius di mana Ayesha yang kelihatan murung sedang memandang ke arah sebuah objek mirip kepompong diperbuat daripada emas dan menyebut nama ciptaannya sebagai 'Adam'. 

Ayesha dalam Guardians of the Galaxy Vol.2

Kenapa babak ini kelihatan lebih gelap dan penting daripada babak-babak yang lain? Ini kerana babak melibatkan Adam ini merupakan pembayang bagi jalan cerita filem Guardians of the Galaxy yang ketiga, dan kemungkinan juga akan ada sebuah filem Marvel baru berkisarkan watak Adam.

Adam Warlock dalam illustrasi komik

Adam Warlock dalam siri animasi Avengers; Earth's Mightiest Heroes

Peminat komik Marvel mesti mengenali watak Adam Warlock, salah seorang adiwira hebat dalam dunia Marvel. Mengikut jalan cerita komik, watak Adam merupakan manusia sempurna yang tercipta hasil kejuruteraan genetik berteknologi tinggi. Dia juga ialah pemilik salah satu daripada 6 batu Infinity Stones iaitu Soul Stone. Dengan kuasa Soul Stone, Adam mampu mengeluarkan roh daripada jasad seseorang dan mengurung roh yang dikeluarkan ke dalam batu tersebut. Asalnya Adam seorang penjahat, namun setelah dia bertarung dengan Thor dan lari ke Bumi dia berubah menjadi baik.

Dalam komik, kuasa Adam diperoleh daripada batu Soul Stone yang 
terletak di tengah-tengah dahinya. Dengan batu ini, dia mampu menarik roh keluar daripada jasad.

Musuh utama Adam ialah Thanos, dan penonton yang dah biasa mengikuti kesemua filem Marvel dari episod Avengers pertama pasti dah tahu siapa Thanos. Misi Thanos ialah mengumpul kesemua batu Infinity Stones untuk menjadikannya makhluk paling berkuasa dalam alam semesta. Kebetulan pula batu terakhir iaitu Soul Stone masih belum memainkan peranan penting dalam mana-mana filem Marvel setakat ini. Dalam filem Guardians of the Galaxy batu Soul Stone dipaparkan sebagai berwarna oren.

Thanos dengan sarung tangan besi bertatahkan batu-batu Infinity Stones.

Sekiranya Thanos berjaya mengumpulkan dan meletakkan kenam-enam batu Infinity Stones ke atas sarung tangan besinya, dia akan memperoleh kuasa yang tak dapat ditandingi sesiapa. Dalam 'post credit' filem Avengers: Age of Ultron, Thanos ditonjolkan sedang mengenakan sarung tangan besi pada tangan kiri. Tetapi di mana sebelah kanan sarung tangan besi itu? Jawapannya ada dalam filem Thor - semasa kumpulan Frost Giants diserang oleh penjaga bilik simpanan senjata Odin, sarung tangan besi kanan tersebut ditunjukkan dalam filem selama beberapa saat. Ayuni sempat merakamkan babak itu (lihat gambar bawah).

Thanos dilihat sedang memakai sarung tangan besi kiri 
dalam Avengers: Age of Ultron

Sebelah sarung tangan kanan yang sama seperti dipakai oleh Thanos dipaparkan buat beberapa saat dalam filem Thor.

Adakah watak Adam akan muncul dalam filem Guardians of the Galaxy seterusnya? Jika benar, adakah dia akan menjadi watak baik atau jahat? Atau adakah dia akan menjadi salah satu watak dalam filem Avengers berikutnya? Mungkinkah Marvel akan menerbitkan filem terbaru tentang bagaimana Adam Warlock mendapat kuasanya lalu menjadi adiwira? Siapakah yang sesuai berlakon sebagai Adam?

3 ulasan:

  1. Menarik topik nih, saya tak sempatnak mengkaji komik

    BalasPadam
  2. Amboi detail nya.. X sabar tunggu sambungan

    BalasPadam