EVENT | REVIEW | IKLAN

Tel: +6018-2043980
Email: abnormallight@gmail.com
Instagram: @ayunirafilah

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris Permata Saadah


Ratu irama Malaysia kita iaitu Noraniza Idris telah melancarkan single terbaru! Bermula dari 9 Mei 2017, single terbaru berjudul "Permata Saadah" dilancarkan secara digital dan akan diedarkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd. serentak pada hari pelancaran. Single ini merupakan single terbitan kedua lagu Irama Malaysia setelah single dengan tajuk “Wangikanlah Hatimu” dilancarkan pada 21 Februari 2017.

Muka depan single terbaru Noraniza Idris "Permata Saadah"

"Permata Saadah" dianggap istimewa kerana ini kali pertama sejak 12 tahun Noraniza Idris menyanyi secara solo. Lagu berentak zapin tradisional dengan gabungan pop moden ini menekankan keunikan dan kekuatan semangat seorang wanita secara luaran dan dalaman, yang sentiasa cekal dan bijak menangani urusan menerusi budi pekertinya yang lemah lembut dan sopan santun secara nurani dan jasmani. Lagu ini ditujukan khas untuk golongan ibu yang menjadi nadi segala kebahagiaan dan berperanan melahirkan, membesarkan dan mendidik anak yang berjaya dan cemerlang.

Krew pengurusan syarikat katering Permata Saadah

Menurut Noraniza Idris, ilham untuk penerbitan "Permata Saadah" muncul semasa beliau mengunjungi sebuah program keusahawanan di ibu kota. Di sana Noraniza bertemu dengan seorang pemuda OKU, Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin, yang juga merupakan seorang pengusaha katering yang berjaya. Tersentuh dengan hasrat Mohd Syahid yang ingin membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban, melahirkan dan membesarkannya walaupun kekurangan upaya fizikal, Noraniza mengabadikan nama ibu pemuda tersebut (yang juga menjadi nama bagi perniagaan kateringnya) sebagai judul single "Permata Saadah". Tidak lama kemudian Noraniza telah ditawarkan menjadi Duta Permata Saadah Event & Catering selama 2 tahun.

Mohd Syahid Abdal, pemilik perusahaan katering "Permata Saadah".

Majlis perlantikan duta dan pelancaran single terbaharu Noraniza Idris “Permata Saadah” telah diadakan pada 9 Mei 2017, Selasa semalam pada jam 12.00 tengahari bertempat di Golden Chersonesse Hall, Level 10, Maju Junction di Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi Bin Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah AIHaj dan dihadiri oleh 200 tetamu jemputan khas terdiri dari kalangan artis, korporat dan media.

Majlis Perlantikan Duta dan Pelancaran Single "Permata Saadah" bertempat di Maju Junction, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2017.


Single "Permata Saadah" kini boleh didapati di beberapa aplikasi berikut:

Streaming platform:
Joox Music, Spotify Music. iTunesStore, deeZer. KKBOX, Akazoo, Shazam. Psonar, Yonder Music
Youtube Subcribe : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Caller Ring Tone : Celcom. UMobile. Digi. Maxis
Facebook : NIPVMania / Noraniza Idris/ Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Instagram :@nipvmania / @noraniza_idris / @nipvsb / @noranizaidris_permatasaadah
Hotline : +60103935606/ +6016 291 8066/ +017601 8380


"Permata Saadah" ditaja oleh:

PERMATA SAADAH EVENT & CATERING

No.33, Jalan BRP 6/13, Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor
No Telefon : 03-6151 8844 (Office) – HQ Online 018-9888 504
Media Sosial : @permatasaadahcatering @permata_saadah_official

1 ulasan:

  1. lama sungguh dia tak buat album kan..ni mesti meletop nanti ni

    BalasPadam