Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

4Fingers Crispy Chicken @ Nu Sentral - Chicken Wing Sedap Sampai Menjilat 4 Jari!


4Fingers Crispy Chicken @ Nu Sentral - Chicken Wing Sedap Sampai Menjilat 4 Jari! | Siapa suka makan chicken wing? Ayuni pun suka, terutama sekali chicken wing yang dipanggang dan disaluti dengan sos barbeku dan bawang putih... sedapnya! Tau tak sekarang peminat chicken wing dah boleh jumpa chicken wing yang sedap dan semestinya halal di restoran 4Fingers Crispy Chicken di Nu Sentral? 

Ramai juga orang yang datang singgah makan di sini.

Semalam Ayuni singgah sebentar di Nu Sentral untuk makan malam bersama rakan sepejabat Ayuni, Maz, dan terserempak dengan restoran 4Fingers Crispy Chicken yang baru dibuka di sana. Memandangkan kami terasa nak tukar selera, Ayuni dan Maz pun tak teragak-agak nak cuba menu yang disediakan. Selain daripada chicken wing, ada juga chicken drummet, chicken drumstick, chicken katsu, sandwic, salad, seafood dan kentang goreng yang sangat sedap di sini. Apa yang menarik tentang restoran ini ialah menu makanan 4Fingers Crispy Chicken merupakan gabungan antara dua budaya iaitu budaya Barat dan Oriental, contohnya Chicken Katsu Sandwich dan Skinny Fries berperisa kimchi. 

Banyaknya pilihan makanan! Kebanyakan menu 4Fingers Crispy Chicken merupakan gabungan antara budaya Barat dan Jepun/Korea.

Disebabkan mata dan perut kami berdua dah naik rambang, jadi kami pun pesan makanan yang menjadi trademark restoran ini iaitu 4Fingers Signature dalam bentuk wing dan drummet, Chicken Katsu SandwichCrispy CalamariBattered ShrimpsSkinny Fries dan Honey Yuzu Aloe.

Dari kiri bawah: Chicken Katsu Sandwich, Skinny Fries Kimchi, Skinny Fries Seaweed, Honey Yuzu Aloe dan 4Fingers Signature.

4Fingers Signature dihidangkan dalam 2 jenis salutan sos iaitu Soy Garlic dan Hot. Nak pilih dua-dua sekali pun boleh. Setiap pesanan set 4Fingers Signature diiringi dengan minuman dan kentang goreng yang mana kita boleh pilih mana-mana 2 perisa iaitu Seaweed atau Kimchi. Disebabkan Ayuni tidak suka makanan masam, Ayuni kurang menggemari rasa Chicken Katsu Sandwich. Skinny Fries yang dihidangkan agak berlainan daripada kentang goreng di tempat lain kerana ia ditabur dengan serbuk rumpai laut dan kimchi. Antara dua-duanya, Ayuni suka perisa kimchi. Tetapi apa yang membuat Ayuni jatuh cinta dengan 4Fingers Crispy Chicken ialah air Honey Yuzu Aloe mereka yang sangat lazat - rasanya seperti air limau bali dicampur dengan isi aloe vera yang rangup!

Crispy Calamari dan Battered Shrimps

Selepas Ayuni dan Maz cuba set Crispy Calamari dan Battered Shrimps. Rasanya boleh tahan juga. Sotong dan udang disalut dengan tepung tempura yang rangup dan disiram dengan sos Soy Garlic dan Hot... memang enak bila dimakan panas-panas dan diperah dengan limau.

Pelanggan akan diingatkan untuk mengambil pesanan di kaunter dapur apabila buzzer bulat ini menyala dan berbunyi.

Kalau berminat nak cuba chicken wing dan drumstick lembut disaluti sos istimewa yang garing ala Oriental boleh singgah di restoran 4Fingers Crispy Chicken yang baru dibuka di Nu Sentral di alamat ni:

CC 14 Concourse Level NU Sentral 
201 Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Laman rasmi: www.4fingers.com

Buat masa sekarang 4Fingers Crispy Chicken ada buat promosi diskaun RM3 untuk pembelian set 12 keping 4Fingers Signatures bagi golongan pelajar.

2 ulasan:

  1. lapar pulak baca entri ni.
    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    BalasPadam