Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Kanak-Kanak Tidak Bermoral Dari Indonesia


Ayuni tidak berapa setuju dengan skrip "Ujang dan Pohon Buncis Ajaib" yang disiarkan dalam TV3 semalam. Ada beberapaajaran "moral" dari Indonesia yang tidak sesuai ditunjukkan kepada anak-anak kita di Malaysia.

Episod siri kisah teladan untuk kanak-kanak dari Indonesia yang digarap daripada cerita "Jack and the Beanstalk" ini pada mulanya menunjukkan watak utama bernama Ujang menjual kambingnya untuk mendapatkan wang bagi membeli ubat untuk ibunya yang sakit. Kemudian dalam perjalanan pulang dia menyerahkan wang yang diperoleh kepada dua orang pengemis yang kelaparan dan menerima sebuah topi buruk dan benih kacang ajaib sebagai balasan. Oleh kerana kerelaannya memberi sedekah walaupun akhirnya pulang tanpa wang, Ujang dikatakan seorang budak yang baik hati dan mulia.

Bahagian ini nampak normal bagi kisah teladan kanak-kanak, kan? Namun, jalan cerita seterusnya menjadi sangat mengelirukan...

Ujang meminta pelbagai perkara daripada topi buruk ajaib yang sedia menunaikan segala hajatnya. Setelah dia memanjat pokok kacang buncis ajaib, Ujang memecah masuk rumah raksasa dan mencuri makanan dan barang-barang milik raksasa. Isteri raksasa membenarkan Ujang masuk ke rumah untuk mencuri kerana katanya Ujang sangat comel.

Apa yang tidak kena dengan gambaran ini?

Boleh meminta-minta daripada objek mistik selain Allah? Seseorang direstui menjadi 'maling' kerana dia mulia dan baik hati, tambahan lagi sebab dia comel?

Semua kanak-kanak walau miskin atau kaya mana sekalipun harus dididik agar tidak mencuri barang orang lain kerana terang-terang lagi perbuatan itu sudah salah dan menganiaya sesama sendiri, walaupun barang itu milik seorang raksasa.

Apa yang paling tidak tahan, episod ini diakhiri dengan nasihat berunsur Islamik yang agak tidak kena bila difikirkan balik skrip cerita ini, terutama sekali bila ia menyelitkan babak Ujang meminta-minta daripada topi ajaib yang mengandungi unsur syirik.

Kebetulan pula hari ini Ayah Ayuni mengamuk kerana pisang istimewa yang dibelanya selama ini dalam kawasan tanah berpagar telah dicuri oleh pekerja asing dari Indonesia yang sering ulang-alik di kedai kopi bersebelahan kawasan sekitar itu.

4 ulasan:

  1. oh biasa la cerita adaptasi daripada orang putih. kesesuaian tu tv3 perlu titik beratkan kot. and yang curik pisang tu kurang ajar! hahaha

    BalasPadam
  2. salams ayuni...singgah sini....:)

    BalasPadam
  3. mommylina singgah sini jap..baca entry ni... hmmm biasa lah.. dan nak cari ranting penonton kan..kadang yang tak logik tu di ulang tayangkan...

    BalasPadam
  4. oooo,... cerita dunia khayalan dari indonesia tu ke? memg cerita dari seberang banyak khayalan melebih2.. hahaha.. kalau tengok bawang putih bawang merah dulu pon ada pari2.. lol

    BalasPadam