EVENT | REVIEW | IKLAN

Tel: +6018-2043980
Email: abnormallight@gmail.com
Instagram: @ayunirafilah

Keanehan Jagung Pilus Membuat Minda Meletup


Aneh tetapi sedap! Itu yang Ayuni dapat katakan tentang snek yang Ayuni berpeluang untuk merasa baru-baru ini iaitu jagung pilus. Ada sesetengah orang panggil jagung pilus dengan nama kacang jagung. Kalau tengok dalam gambar di bawah rupa dia lebih kurang sama macam kacang kuda. 

Rupa kacang pilus seakan-akan kacang kuda

Tetapi sekali bila dah kunyah jagung pilus ini, otak akan rasa keliru sebentar sebab tak ada langsung rasa kacang dalamnya. Paling meletup kepala dibuatnya bila dapat tahu bahawa snek ini bukan diperbuat daripada jagung walaupun diberi nama jagung pilus... tetapi daripada tepung!

Ramuan jagung pilus terdiri daripada tepung kanji, tepung gandum, serbuk ketumbar, telur, gula, garam, bawang putih, air dan bahan perisa makanan. Rasanya memang sangat sedap sehingga boleh buat kita terleka mengunyahnya. Sesuai untuk dimakan semasa menonton tv atau semasa sedang mengulangkaji pelajaran. Sekali makan mesti nak lagi.

Jagung pilus boleh didapati di kedai yang menjual kerepek pada harga antara RM4 sehingga RM20 mengikut berat.
BACA LAGI...
Blogger Widgets

Satu Dunia. Satu Kad Sim.


Bersempena pelancaran m8 World SIM, produk Buzzme World SIM Starterpack kini boleh didapati di pasaran mobil tempatan bermula Mei 2017. Buzzme merupakan tanda dagangan Mobile 8 Telco Sdn Bhd dan beroperasi sebagai MVNO (Mobile Virtual Network Operator) bagi Enabling Asia Tech Sdn Bhd.

Majlis pelancaran Buzzme World SIM Starterpack yang bertempat di dewan Tournament, Kuala Lumpur Golf Club pada 18 Mei 2017. Kredit: Isaac Tan

Buzzme World SIM Starterpack merupakan pek permulaan prabayar yang membolehkan pengguna mobil untuk berhubung bukan sahaja di dalam Malaysia, malah lebih daripada 200 buah negara di serata dunia juga. Sesuai dengan slogan "SATU DUNIA. SATU KAD SIM.", Buzzme menumpukan kepada penggunaan pelan pek permulaan prabayar dalam model hibrid di mana ia boleh digunakan oleh mereka yang sering bergerak ke luar negara untuk tujuan melancong atau bekerja. Melalui model hibrid ini, pengguna dapat menambah nilai kredit telefon tanpa perlu membeli dan menukar kepada kad SIM lain semasa berada di luar negara... mudah kan?

Mesti semua nak tahu berapa nilai Buzzme World SIM Starterpack ini dan bagaimana nak dapatkannya kan? Pada harga RM99 lengkap dengan nilai kredit RM50, Buzzme World SIM Starterpack boleh dibeli terus secara online melalui www.m8.com.my atau pun di mana-mana kedai 7 Eleven & E-Pay (Touch Point). 



Antara kelebihan menggunakan Buzzme World SIM Starterpack:

★ Tempoh sah sehingga 1 tahun
★ Tawaran 20% baki kredit yang tinggal jika tidak menggunakan internet sepenuhnya
★ Internet Roaming tanpa had
★ Transaksi tambah nilai menggunakan sistem atas talian
★ Menawarkan Insurans PA (Kemalangan Peribadi) bernilai sehingga RM100,000
★ Tidak perlu mencari simkad baru apabila berada di luar negara

Buzzme World Sim Starterpack merupakan pelan yang berbaloi bagi mereka yang sering ke luar negara untuk melancong atau bekerja.


CARA MENGGUNAKAN BUZZME WORLD SIM STARTERPACK

1- [Permulaan]

Masukkan simcard “Buzzme” ke dalam telefon anda, sambung kepada Wi-Fi dan muat turun (Download) aplikasi (Apps) – M8 World SIM

2- [Log Masuk]

Masukkan nombor telefon dan kata laluan yang tertera di atas kad sim. Lantas daftarkan butiran peribadi seperti diminta. Tunggu sehingga dapat SMS dan e-mel selepas itu

3- [Sebelum Penerbangan]

Anda boleh langgan pelan mengikut negara dan bayar menggunakan kad (Visa/Mastercard/E-pay). Selepas terima SMS/e-mel, anda akan menerima nombor baru mengikut negara tersebut. Menarik kan? Beli nombor SIAP.

4- [Tiba Ke Destinasi]

Boleh log masuk di aplikasi (Apps) dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan anda boleh terus gunakan internet dari nombor tersebut. Senang dan tidak perlu cari kad sim baru di lapangan terbang.

5- [Pulang ke Malaysia- Negara asal]

Log masuk semula ke aplikasi tersebut dan pilih nombor telefon asal anda. Siap.


Info lanjut tentang Buzzme boleh didapati di sini:

FB & IG /buzzme.m8
BACA LAGI...

Siapakah Adam Dalam Guardians Of The Galaxy Vol.2?


Kalau pergi menonton filem Guardians of the Galaxy Vol.2 nanti, jangan tinggalkan panggung lepas cerita tamat. Tunggu beberapa minit lagi sebab di penghujung filem sekuel kepada Guardians of the Galaxy tersebut ada 5 babak 'post credit' menarik yang harus ditontoni. Antaranya ialah perhimpunan semula ahli-ahli Guardians of the Galaxy asal dari plot komik Guardians of the Galaxy Earth-691, cameo lucu oleh Stan Lee dan Baby Groot yang membesar menjadi remaja. Namun di kalangan kesemua 'post credit' ini, ada satu babak agak serius di mana Ayesha yang kelihatan murung sedang memandang ke arah sebuah objek mirip kepompong diperbuat daripada emas dan menyebut nama ciptaannya sebagai 'Adam'. 

Ayesha dalam Guardians of the Galaxy Vol.2

Kenapa babak ini kelihatan lebih gelap dan penting daripada babak-babak yang lain? Ini kerana babak melibatkan Adam ini merupakan pembayang bagi jalan cerita filem Guardians of the Galaxy yang ketiga, dan kemungkinan juga akan ada sebuah filem Marvel baru berkisarkan watak Adam.

Adam Warlock dalam illustrasi komik

Adam Warlock dalam siri animasi Avengers; Earth's Mightiest Heroes

Peminat komik Marvel mesti mengenali watak Adam Warlock, salah seorang adiwira hebat dalam dunia Marvel. Mengikut jalan cerita komik, watak Adam merupakan manusia sempurna yang tercipta hasil kejuruteraan genetik berteknologi tinggi. Dia juga ialah pemilik salah satu daripada 6 batu Infinity Stones iaitu Soul Stone. Dengan kuasa Soul Stone, Adam mampu mengeluarkan roh daripada jasad seseorang dan mengurung roh yang dikeluarkan ke dalam batu tersebut. Asalnya Adam seorang penjahat, namun setelah dia bertarung dengan Thor dan lari ke Bumi dia berubah menjadi baik.

Dalam komik, kuasa Adam diperoleh daripada batu Soul Stone yang 
terletak di tengah-tengah dahinya. Dengan batu ini, dia mampu menarik roh keluar daripada jasad.

Musuh utama Adam ialah Thanos, dan penonton yang dah biasa mengikuti kesemua filem Marvel dari episod Avengers pertama pasti dah tahu siapa Thanos. Misi Thanos ialah mengumpul kesemua batu Infinity Stones untuk menjadikannya makhluk paling berkuasa dalam alam semesta. Kebetulan pula batu terakhir iaitu Soul Stone masih belum memainkan peranan penting dalam mana-mana filem Marvel setakat ini. Dalam filem Guardians of the Galaxy batu Soul Stone dipaparkan sebagai berwarna oren.

Thanos dengan sarung tangan besi bertatahkan batu-batu Infinity Stones.

Sekiranya Thanos berjaya mengumpulkan dan meletakkan kenam-enam batu Infinity Stones ke atas sarung tangan besinya, dia akan memperoleh kuasa yang tak dapat ditandingi sesiapa. Dalam 'post credit' filem Avengers: Age of Ultron, Thanos ditonjolkan sedang mengenakan sarung tangan besi pada tangan kiri. Tetapi di mana sebelah kanan sarung tangan besi itu? Jawapannya ada dalam filem Thor - semasa kumpulan Frost Giants diserang oleh penjaga bilik simpanan senjata Odin, sarung tangan besi kanan tersebut ditunjukkan dalam filem selama beberapa saat. Ayuni sempat merakamkan babak itu (lihat gambar bawah).

Thanos dilihat sedang memakai sarung tangan besi kiri 
dalam Avengers: Age of Ultron

Sebelah sarung tangan kanan yang sama seperti dipakai oleh Thanos dipaparkan buat beberapa saat dalam filem Thor.

Adakah watak Adam akan muncul dalam filem Guardians of the Galaxy seterusnya? Jika benar, adakah dia akan menjadi watak baik atau jahat? Atau adakah dia akan menjadi salah satu watak dalam filem Avengers berikutnya? Mungkinkah Marvel akan menerbitkan filem terbaru tentang bagaimana Adam Warlock mendapat kuasanya lalu menjadi adiwira? Siapakah yang sesuai berlakon sebagai Adam?

BACA LAGI...

Pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris Permata Saadah


Ratu irama Malaysia kita iaitu Noraniza Idris telah melancarkan single terbaru! Bermula dari 9 Mei 2017, single terbaru berjudul "Permata Saadah" dilancarkan secara digital dan akan diedarkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd. serentak pada hari pelancaran. Single ini merupakan single terbitan kedua lagu Irama Malaysia setelah single dengan tajuk “Wangikanlah Hatimu” dilancarkan pada 21 Februari 2017.

Muka depan single terbaru Noraniza Idris "Permata Saadah"

"Permata Saadah" dianggap istimewa kerana ini kali pertama sejak 12 tahun Noraniza Idris menyanyi secara solo. Lagu berentak zapin tradisional dengan gabungan pop moden ini menekankan keunikan dan kekuatan semangat seorang wanita secara luaran dan dalaman, yang sentiasa cekal dan bijak menangani urusan menerusi budi pekertinya yang lemah lembut dan sopan santun secara nurani dan jasmani. Lagu ini ditujukan khas untuk golongan ibu yang menjadi nadi segala kebahagiaan dan berperanan melahirkan, membesarkan dan mendidik anak yang berjaya dan cemerlang.

Krew pengurusan syarikat katering Permata Saadah

Menurut Noraniza Idris, ilham untuk penerbitan "Permata Saadah" muncul semasa beliau mengunjungi sebuah program keusahawanan di ibu kota. Di sana Noraniza bertemu dengan seorang pemuda OKU, Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin, yang juga merupakan seorang pengusaha katering yang berjaya. Tersentuh dengan hasrat Mohd Syahid yang ingin membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban, melahirkan dan membesarkannya walaupun kekurangan upaya fizikal, Noraniza mengabadikan nama ibu pemuda tersebut (yang juga menjadi nama bagi perniagaan kateringnya) sebagai judul single "Permata Saadah". Tidak lama kemudian Noraniza telah ditawarkan menjadi Duta Permata Saadah Event & Catering selama 2 tahun.

Mohd Syahid Abdal, pemilik perusahaan katering "Permata Saadah".

Majlis perlantikan duta dan pelancaran single terbaharu Noraniza Idris “Permata Saadah” telah diadakan pada 9 Mei 2017, Selasa semalam pada jam 12.00 tengahari bertempat di Golden Chersonesse Hall, Level 10, Maju Junction di Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi Bin Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah AIHaj dan dihadiri oleh 200 tetamu jemputan khas terdiri dari kalangan artis, korporat dan media.

Majlis Perlantikan Duta dan Pelancaran Single "Permata Saadah" bertempat di Maju Junction, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2017.


Single "Permata Saadah" kini boleh didapati di beberapa aplikasi berikut:

Streaming platform:
Joox Music, Spotify Music. iTunesStore, deeZer. KKBOX, Akazoo, Shazam. Psonar, Yonder Music
Youtube Subcribe : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Caller Ring Tone : Celcom. UMobile. Digi. Maxis
Facebook : NIPVMania / Noraniza Idris/ Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Instagram :@nipvmania / @noraniza_idris / @nipvsb / @noranizaidris_permatasaadah
Hotline : +60103935606/ +6016 291 8066/ +017601 8380


"Permata Saadah" ditaja oleh:

PERMATA SAADAH EVENT & CATERING

No.33, Jalan BRP 6/13, Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor
No Telefon : 03-6151 8844 (Office) – HQ Online 018-9888 504
Media Sosial : @permatasaadahcatering @permata_saadah_official
BACA LAGI...

Bayi Lahir Sambil Genggam Alat Pencegah Kehamilan

Ayuni terbaca satu berita yang sedang menular di Alabama, Amerika Syarikat, tentang seorang bayi baru lahir yang keluar daripada rahim ibunya sambil memegang alat pencegah kehamilan. Bila tengok gambarnya memang melucukan, muka dan gaya bayi itu nampak seolah-olah dia nak cuba buktikan kepada dunia bahawa tiada apa yang boleh menghalang kewujudannya di alam ini. Mungkin juga dia cuba menyatakan kepada ibunya bahawa dia lebih bijak daripadanya. Foto bayi lelaki yang diberi nama Dexter ini menjadi viral sebaik sahaja ibunya, Lucy Hellein, mengeposkan status bertulis "Mirena Gagal!" dalam akaun Facebook miliknya.

Foto Dexter memegang alat pencegah kehamilan 
milik ibu yang melahirkannya.

Mirena merujuk kepada prosedur mencegah kehamilan wanita menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai IUD dimasukkan ke dalam faraj untuk membebaskan hormon progesterone. Hormon ini akan menghalang proses penghamilan wanita. Jadi bila dah masukkan IUD ke dalam faraj melalui pembedahan implan, seseorang wanita itu tak akan menjadi hamil walaupun dia bersetubuh semula.

Beginilah rupa IUD 

Menurut ramai pakar sakit puan, nisbah ketidakhamilan bagi golongan wanita yang menggunakan IUD ialah 99.9%. Oleh itu rata-rata hampir mustahil bagi seorang ibu melahirkan anak setelah menjalani pembedahan implan IUD. Namun Dexter berjaya menjadi fenomena 0.1% itu dan ini membuatkan dia mendapat gelaran 'Bayi Ajaib' oleh media.

Tetapi benarkah Dexter keluar daripada rahim Lucy dengan IUD dalam genggaman? 

Menurut Lucy, doktor yang merawatnya selama dia mengandung gagal menemui alat IUD yang telah dimasukkan ke dalam faraj Lucy lalu beranggapan bahawa alat tersebut telah terjatuh dalam ruang rahim Lucy. Setelah Dexter dilahirkan melalui kaedah Caesarian, alat tersebut ditemui semula dan para jururawat yang menyambut kelahiran Dexter telah meletakkan IUD milik Lucy ke dalam genggaman Dexter sebagai jenaka sebelum gambarnya diambil. Foto Dexter memegang alat IUD tersebut kini telah mencapai lebih 70,000 perkongsian di Facebook.

Dexter bergaya seperti seorang bintang sejurus 
selepas berita tentang kelahirannya menjadi viral di internet.

Walau apa pun, kelahiran Dexter membuktikan bahawa perancangan Tuhan itu sangat teratur dan apa yang ditakdirkan-Nya pasti berlaku tidak kira seteguh mana perancangan yang telah diambil oleh manusia untuk menghalang sesuatu kejadian.
BACA LAGI...

MAAF Single Terbaru Biru Band Mantap!


Kumpulan muzik Biru Band yang pernah hit dengan lagu Pacar Yang Hilang kini kembali dengan single terbaru berjudul Maaf. Berbanding Pacar Yang Hilang yang mempunyai rentak ceria, lagu Maaf hasil gubahan Harry ini lebih menyentuh emosi pendengar dengan tempo yang perlahan dan lirik yang sayu.


Lirik penuh:

Sayangku maafkanlah
Aku yang harus sendiri..
Sendiri tinggalkan dirimu
Maafkan bila aku pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah

*Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

Sayangku maafkanku
Pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah
Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

**Sungguh aku tak bisa mempertahankan semua
Kerna ini yang terbaik tuk kita

Ulang *
Ulang **
Ulang * & **
Maafkan aku



Bagi Ayuni, single terbaru Biru Band ini lebih mantap daripada dahulu. Maaf merupakan sebuah balada yang mampu dihayati oleh golongan pendengar muzik, terutama sekali mereka yang pernah melalui kesakitan cinta seperti dihuraikan dalam lagu. Dari segi penggubahan melodi dan vokal yang lebih fokus kepada tema cinta, Biru Band berjaya memberi nafas baru kepada persembahan mereka mengikut citarasa peminat muzik dan diharap kumpulan ini akan menerbitkan lebih banyak lagu sebegini untuk album mereka kelak.

MUAT TURUN NADA DERING

Maxis CallerRingtones -- Dial *131*563937# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1330489# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*282685# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 6371645 dan hantar ke 28383

BACA LAGI...